E-FOLIO DUA6022 + 0 comment(s)
Assalamualaikum. Hi, readers! This is for my assignment E-FOLIO for Subjet DUA6022.
Pengertian Eksploitasi
Pengertian
eksploitasi adalah sesuatu tindakan menggunakan sesuatu secara berlebihan atau
secara sewenang-wenangnya. Perkataan asal eksploitasi adalah daripada bahasa
inggeris iaitu “exploitation”.
Eksploitasi merupakan tindakan yang dilarang oleh pihak yang berkuasa tetapi
ianya sering diabaikan dan pihak yang tertentu di atas tujuan untuk mengait
keuntungan secara besar-besaran. Eksploitasi yang berlebihan akan mengakibatkan
kesan yang buruk kepada subjek berkenaan.
Eksploitasi Wanita didalam Pengiklanan
Wanita
sering digunakan sebagai pelaris kepada sesuatu subjek seperti produk dan juga
perkhidmatan. Penggunaan imej wanita, secara sedar atau tidak ianya boleh
memberikan kesan negatif kepada subjek berkenaan sehingga boleh membangkitkan
isu-isu yang yang berleluasa atau tersebar luas. Ia bukan sahaja memberikan
kesan negatif kepada subjek berkenaan, tetapi berkemungkinan boleh memberikan
tanggapan yang tidak baik kepada pihak yang terlibat. Oleh itu, pengendalian
yang terbaik diperlukan untuk menangani isu tersebut.
Isu-isu yang berkaitan Eksploitasi Wanita
1. Isu Berkenaan Sebuah Syarikat Minyak
Sebuah syarikat minyak telah menarik balik iklan dikertas kadbod yang
memaparkan imej seorang wanita diatas sebab mereka mendapati gambar wanita
tersebut telah dimuat naik di laman sosial dengan perbuatan lucah tehadap
gambar wanita tersebut. Ianya merupakan tindakan yang patut dipuji dan
dicontohi oleh semua pihak.
Semua
pihak haruslah bekerjasama dan jujur dalam memastikan wanita terbela dari
isu-isu eksploitasi wanita. Perbuatan lucah oleh beberapa orang lelaki terhadap
imej wanita dikertas kadbod sebagai iklan itu telah menunjukkan telah
menunjukkan kekurangan nilai-nilai akhlak dan adab yang semakin berleluasa
daripada masyarakat kita.
2. Isu Sebuah Syarikat Penerbangan
Sebuah syarikat penerbangan didapati menggunakan imej tubuh badan wanita
dalam mempromosikan iklan tawaran tiket syarikat itu yang murah. Menurut
pencarian yang kami dapati di media massa, isu berkenaan dianggap sebagai menghina
wanita.
Penggunaan imej tersebut juga disifatkan sebagai perbuatan yang tidak
berertika bertujuan untuk mengaut keuntungan daripada golongan lelaki. Selain
dari itu, pelbagai pihak dan netizen telah memberi respon negatif terhadap
iklan berkenaan. Netizen juga mendakwa iklan berkenaan mengandungi unsur
seksis.
Syarikat berkenaan mengendalinya secara baik dengan mengakui kesalahan
mereka dengan meminta maaf dan menyatakan yang mereka tidak berniat untuk
menjadi seksis dalam menjalankan urusniaga dan mereka menghormati semua orang.
Gambar tersebut juga telah dipadam daripada semua laman media sosial syarikat
berkenaan.
Hadis dan Dalil yang berkaitan
1. Firman Allah Al Qur’an surah At taubah ayat 71, yang ertinya
“Dan orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian
mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan
yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan
taat kepada Allah dan rasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah,
sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
2. 2. Firman Allah surah An Nahl ayat 97 yang ertinya :
“Barangsiapa mengerjakan amal soleh baik lelaki mahupun wanita dalam
keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang
baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang
lebih dari apa yang telah mereka kerjakan”
3. 3. Hadith daripada Jarir bin
‘Abdillah RA beliau berkata :
“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan
pandangan secara tiba-tiba (tidak sengaja kepada wanita), maka Baginda
mengarahkan aku untuk menundukkan pandangan. (Riwayat Muslim, no. 2159)
4. 4. Allah
SWT berfirman,
“Katakanlah kepada orang lelaki-lelaki yang
beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya”
5. 5. Almarhum
Ahmad Syauqi :
“Dan sesungguhnya semua umat kekal selama
adanya akhlak. Apabila mereka hilang akhlak, maka lenyaplah umat tersebut.”
Group Members
Raja Ainul - 29DHF15F2012
Khairul Faris - 29DHF15F2014
Hairol izham - 29DHF15F2061

